Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Nur Ramadan Kepada Surau-Surau Putrajaya

PUTRAJAYA – Majlis Penyerahan Sumbangan Nur Ramadan Kepada Surau-Surau Putrajaya di Surau Jumaat Mahmoodiah, Presint 18 telah dilaksanakan oleh ‘Ketua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya akan beri bantuan kewangan dan bahan keperluan untuk semua 63 surau di Putrajaya supaya mereka dapat menjalankan program moreh selepas selesai mengerjakan terawih di bulan Ramadan.

“Ini telah saya lakukan sejak 17 tahun lalu dan janganlah ada orang kata saya bagi dedak… dedak untuk binatang… ini keluarga saya kampung saya dan sebagai ketua kampung ini amalan saya, ” katanya.