Maidatul Rahman Semarakkan Ramadan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman yang merupakan berbuka puasa secara beramai-ramai dengan juadah percuma untuk semua penduduk di sini sepanjang Ramadan ini.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program Maidatul Rahman adalah satu pendekatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Putrajaya di samping menyemarakkan amalan bersedekah.

“Ini adalah acara tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan dan kita sediakan juadah berbuka puasa untuk semua pengunjung di sini termasuklah kepada golongan musafir dan penduduk setempat.

Katanya, sambutan saban tahun yang menggalakkan dengan sokongan daripada orang ramai amat memberansangkan.

“Program berbuka puasa seperti ini merupakan pendekatan terbaik untuk berjumpa dengan pemimpin penduduk setempat dan melaluinya rakyat boleh memberitahu mengenai keperluan mereka.”

Maidatul Rahman Putrajaya di adakan dilokasi yang sama saban tahun iaitu, medan selera Presint 8, di sini.

Artikel disiar pada May 27, 2018 - 11:24 am oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.