Aktiviti & Komuniti

UMNO Cawangan Kemuning Manfaat Persidangan Demi Agama, Bangsa dan Negara

PUTRAJAYA – Sokongan akar umbi terhadap UMNO di Putrajaya tidak berubah dengan anggota parti melaksanakan tanggungjawab sebagaimana UMNO Cawangan Kemuning.

Menerusi persidangan dalam cawangan terbabit, anggotanya sepakat dalam melihat kelangsungan politik UMNO yang berpaksikan kepada sokongan padu ahli. Ini adalah sebagai manifestasi perjuangan demi agama bangsa dan negara.

Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.

Cawangan-cawangan boleh mengadakan persidangan tahunannya bila-bila masa antara tarikh berkenaan bersesuaian dengan Fasal 8.2 (Peraturan persidangan) iaitu cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2017 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunan untuk 2018.