Berita

Datuk Sokri, Datuk Hisamudin Dan Datuk Khairuddin Isi Jawatankuasa UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Datuk Sokri Shafiee, Datuk Khairuddin Samad dan Datuk Hisamudin Samad mengisi kekosongan jawatankuasa bagi memperkukuh UMNO Bahagian Putrajaya.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan pelantikan mereka bagi mengisi kekosongan jawatan dengan Datuk Sokri sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin selaku Bendahari sementara Datuk Hisamudin dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian terbabit.

Beliau mengumumkan pelantikan jawatan terbabit dalam mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya yang berlangsung malam tadi Pejabat UMNO Bahagian terbabit.

“Semoga dengan pelantikan ini akan dapat menyemarakkan perjuangan UMNO dan seterusnya memastikan parti ini terus releven, dulu, kini dan selamanya,” katanya.