Hayati Maksud Kemerdekaan, Hargai Nikmat Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 dan beraharap agar semangat cintakan tanah air akan terus sebati dalam diri warga Malaysia.

Katanya, aplikasikanlah keamanan yang selama ini dinikmati bagi meneruskan kesejahteraan tanpa membiarkan mereka yang cuba merosakkan kedaulatan negara dibiarkan begitu sahaja.

“Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi tugas kita untuk mengenang kembali sejarah lampau dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar, memupuk perpaduan dan bersama-sama memastikan negara terus aman,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau meminta masyarakat setempat untuk bersama-sama saling hormat-menghormati antara satu sama lain khususnya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Artikel disiar pada August 30, 2018 - 3:16 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.