Salam Maal Hijrah, Tingkatkan Ketakwaan Untuk Terus Melangkah Maju Kehadapan

PUTRAJAYA – Bersempena dengan kedatangan 1 Muharam 1440H, Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Salam Maal Hijrah dan berharap agar umat Islam keseluruhannya akan sentiasa teguh dalam meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.

Beliau mengajak semua agar sama-sama berdoa ke hadrat Illahi agar dilimpahkan rahmat-Nya dengan seluruh umat Islam dilindungi serta sentiasa melangkah maju kehadapan.

“Marilah kita sama-sama bersyukur atas kurnia dan rahmat yang telah Allah swt kurniakan kepada kita lantas terus kekal bersatu dalam kesejahteraan dengan tekad untuk terus maju.”

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap agar umat Islam akan terus istiqamah memastikan syiar Islam terus berkembang dan terpelihara dari semasa ke semasa.

Artikel disiar pada September 10, 2018 - 7:32 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.