Anak-anak Putrajaya, Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada anak-anak Putrajaya yang berada di tahun enam.

Katanya, tentunya ibu bapa akan turut sama terlibat dalam persediaan dan merasai bagaimana gementarnya untuk anak-anak berdepan dengan peperiksaan besar selain sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak tidak pernah putus.

“Sokongan ibu bapa amat penting untuk anak-anak sebagaimana usaha UMNO melalui Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited dan melihat pelajaran sebagai teras utama dalam pembentukan masa depan.”

Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, sebelum ini UMNO melalui pentadbiran BN sudah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan usaha bagi memperkukuhkannya terus diaplikasi.

“Semoga anak-anak kita terus berjaya dan dapat meneruskan kesinambungan kesejahteraan dan keamanan negara,” katanya lagi.

Artikel disiar pada September 23, 2018 - 12:45 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.