Puteri UMNO Bersama Syukuri Sedekad PDK Presint 14

PUTRAJAYA – Pelaksanaan program-program di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dilihat memberi kesan positif yang mendorong kepada peningkatan penubuhan pusat bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mengikut permintaan daripada komuniti seluruh negara.

Sehubungan itu, bersempena dengan Program Sedekad PDK Presint 14, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan majlis bacaan surah Yassin dan doa selamat.

Ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak PDK yang memberi peluang dalam kerjasama tersebut.

“Terima kasih buat Penyelia PDK kerana memberi kami peluang untuk bekerjasama dalam program ini dan juga kepada semua yang terlibat harini. Terima kasih juga diucapkan kerana sudi menyumbangkan sedikit bekalan buat anak-anak Istimewa di sini,” katanya

. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada October 27, 2018 - 8:25 am oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.