Selamat Menyambut Deepavali, Aplikasi Perayaan Untuk Kesejahteraan Bersama

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat hari Deepavali kepada masyarakat India yang beragama Hindu dan berharap ia akan memberikan kegembiraan kepada mereka yang menyambutnya.

Katanya, sambutan perayaan ini bukanlah asing bagi masyarakat Malaysia kerana kemajmukan masyarakatnya yang saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

“Saya berharap agar perayaan ini akan diaplikasi sebagai satu cara mengeratkan hubungan dalam masyarakat di negara kita, apatah lagi kita terdiri dari masyarakat pelbagai bangsa yang saling meraikan antara satu sama lain,” katanya.

Ujar beliau, kebiasaan bagi masyarakat di negara ini akan meraikan Deepavali tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang iaitu dengan saling berkunjung khususnya ke rumah mereka yang menyambut Deepavali.

“Inilah uniknya masyarakat di negara kita yang hidup rukun dengan kesatuan dalam kepelbagaian. Teruskanlah kerukunan ini untuk kesejahteraan yang berpanjangan.”

Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada mereka yang pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena hari perayaan ini agar mengutamakan keselamatan dalam semua aspek.

“Bagi yang meninggalkan kediaman pastikan rumah berkunci dengan peralatan elektrik dimatikan selain memaklumkan kepada jiran tetangga atau anggota keselamatan di kediaman masing-masing manakala bagi yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya,” ujarnya lagi. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada November 5, 2018 - 4:49 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.