Berita

Wanita UMNO Laksana Kesungguhan Parti Bukan Hanya Politik

PUTRAJAYA – Kesungguhan bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO tidak pernah terhenti malah ia semakin rancak dilaksanakan di peringkat akar umbi dengan pelbagai acara dan program yang akan menyemarakkan semangat untuk terus memperkukuh parti.

Selaras dengan itu, kebersamaan dalam komuniti dan orang ramai di pelbagai peringkat dilaksana dalam Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Bersama Komuniti P9G Dan Majlis Sambutan Hari Lahir di Presint 18 yang dilaksanakan oleh
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.

Dalam program ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman bersama-sama ahli jawatankuasanya serta masyarakat setempat telah menunjukkan kebersamaan dalam muafakat untuk meneruskan agenda UMNO yang bukan hanya berteraskan politik semata-mata tetapi juga matlamat dalam menegakkan syiar Islam.

Dalam pada itu, beliau memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana sentiasa memberi kesihatan yang baik, memelihara dan merahmati semua selain dipermudahkan urusan dalam majlis yang dilaksanakan. – MediaPutrajaya