Solidariti Bersama ‘Ketua Kampung’, Pertahankan Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-undang

KUALA LUMPUR – Hari ini, Ahli Parlimen Putrajaya yang lebih sinonim sebagai ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah di dakwa di Mahkamah Sesyen oleh kerajaan baru Pakatan Harapan atas pertuduhan menerima rasuah.

Beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada tahun 2013 dan 2016.

Sehubungan itu, marilah warga Putrajaya sekalian sama-sama memberikan sokongan moral dan bersolidariti atas pendakwaan ke atas ‘Ketua Kampung’ yang sebelum ini banyak membantu masyarakat setempat.

Sebagai pemimpin, Tengku Adnan berjiwa besar, tidak lari dari tanggungjawab dan sanggup menghadapi pertuduhan kerana percaya bahawa institusi kehakiman dan perundangan di negara ini sentiasa ditegakkan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Marilah kita bersama-sama berdoa untuk kesejahteraan pemimpin kita yang teraniaya serta bersama-sama menegakkan usaha ke arah kelestarian masyarakat yang berpegang teguh untuk perjuangan agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini, di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang lebih bermotifkan dendam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dihadapkan ke mahkamah dan diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada November 15, 2018 - 6:43 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.