Belasungkawa: UMNO Putrajaya Rakam Takziah, Seru Kerajaan Terus Siasatan Demi Keadilan

PUTRAJAYA – Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya yang diterajui Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan semua ahli Jawatankuasa UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO Putrajaya mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham Muhammad Adib yang cedera dalam insiden rusuhan di sebuah kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi.

Justeru, UMNO Putrajaya mohon agar Kerajaan akan meneruskan siasatan berkaitan insiden terbabit demi keadilan dan kesejahteraan semua pihak.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham ketika itu menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.

Susulan kematiannya, kes tersebut yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada December 18, 2018 - 8:25 am oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.