Berita

Selamat Hari Krismas dan Selamat Bercuti

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya dan selamat bercuti kepada seluruh warga Putrajaya.

Beliau yang lebih sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’ mengajak masyarakat untuk menghargai keamanan dan terus sama-sama berusaha menyemai perpaduan untuk kesejahteraan.

Katanya, uniknya Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai bangsa namun dapat sama-sama sepakat dalam melestarikan kehidupan khususnya sama-sama meraikan sambutan perayaan dengan suasana harmoni.

“Marilah kita sama-sama kekalkan kesejahteraan dan kelestarian dalam negara kita,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar ruang dan masa yang ada ini digunakan sebaiknya untuk bersama-sama keluarga kerana keluarga yang bahagia akan dapat menyumbang kepada masyarakat yang bertanggungjawab. – UMNOPutrajaya