Teruskan Istiqamah Demi Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO khususnya warga Putrajaya diseru untuk terus istiqamah dalam perjuangan parti walaupun keadaan sekarang ini UMNO sedang ditekan dari pelbagai sudut dan sudah tidak mempunyai kuasa sebagai kerajaan.

Ahli Parlimennya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sepanjang usia UMNO melangkaui 72 tahun dan menjadi perintis kemerdekaan, kali ini ahli-ahlinya teruji lagi.

“Kali ini kesetiaan dan keteguhan kita benar-benar teruji apabila UMNO sudah tidak ada lagi kuasa, dihimpit dari pelbagai sudut ditambah pula ada dikalangan sahabat-sahabat yang sebelum ini bersama-sama kita sudah beralih arah maka di sinilah kita teruji.

“Fikirkanlah, apakah hala tuju perjuangan kita selama ini… tepuk dada maka tanyalah selera, di situlah terletaknya tekad dan istiqamah kita. Jika selama ini kita yakin dengan apa yang kita lakukan, kebenaran akan terbuka dan kebatilan tidak akan dapat diselindungkan,” katanya kepada UMNOPutrajaya, hari ini.

Selaras dengan itu, beliau mengajak rakyat untuk menilai sendiri satu persatu kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan baharu hari ini.

Antaranya kenaikan harga barang yang tidak terkawal selain gaji penjawat awam yang tidak dinaikkan dengan tindakan flip-flop dan u-turn termasuklah dalam sewa kuarters kakitangan awam di Putrajaya sendiri yang dijadikan sebagai polemik politik.

Tegasnya lagi, lakukanlah sendiri perbandingan yang ada hari ini. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada January 11, 2019 - 4:44 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.