Kesejahteraan Jadi Keutamaan, Khidmat Bakti Tidak Bernoktah

PUTRAJAYA – Kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan tampuk pentadbiran Kerajaan Pusat bukan alasan untuk UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan khidmat bakti kepada penduduk setempat.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya sentiasa menekankan keutamaan kepada kesejahteraan penduduk bukan sahaja melalui pelaksanaan program dan aktiviti kemasyarakatan atau jalinan silaturrahim sahaja tetapi juga kunjungan terus kepada mereka yang ditimpa keuzuran perlu dibuat.

Sehubungan itu, melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya, gerakan turun padang dilaksana dengan mengunjungi mereka yang kesusahan termasuklah yang sakit dan yang sedang mendapatkan rawatan.

Pengerusi Biro Kebajikan yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Puan Husna Abd Rahaman bersama ahli jawatankuasanya telah mengadakan kunjungan kepada pesakit di rumah di Presint 11dan Presint 9 selain mengadakan lawatan kepada pesakit di Hospital Putrajaya .

Semoga dengan kunjungan yang dibuat akan dapat memberikan sokongan moral untuk pesakit dan ahli keluarganya agar tabah serta sama-sama berdoa agar Allah SWT memberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada January 26, 2019 - 4:55 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.