Berita

UMNO Putrajaya Merafak Sembah Tahniah Kepada Yang di-Pertuan Agong XVI

PUTRAJAYA – UMNO Putrajaya merafak sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Pahang Darul Makmur yang telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI, selama lima tahun mulai 31 Januari 2019.

Ketua Bahagiannya merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa UMNO Putrajaya sentiasa menyanjung tinggi prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Negara.

“UMNO Putrajaya mendukung sintem Raja Berperlembagaan yang menjadi prinsip pentadbiran negara dan parti ini akan terus mengambil ikhtiar memastikan Institusi Diraja sentiasa dihormati dan dipertahankan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mewakili UMNO Bahagian Putrajaya mendoakan agar pemerintahan DYMM Yang di-Pertuan Agong XVI akan berjalan dengan lancar, diberkati serta aman makmur.

“Daulat Tuanku.” – UMNOPutrajaya