Berita

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Tarikh 1 Februari, Gagasan Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan. Sebagai warga Wilayah Persekutuan, UMNO Putrajaya mengajak warganya untuk sama-sama terus menyemai permuafakatan demi kelangsungan keamanan dan kesejahteraan.

Ketua Bahagiannya merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keutamaan dalam memastikan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan menjadi teras seharian tanpa mengenepikan kelestarian perpaduan yang menjadi kunci kepada bermasyarakat.

“Warga Wilayah Persekutuan Putrajaya sentiasa bersatu hati dalam menyemai budaya kerjasama dan membentuk muafakat bergotong-royong yang tentunya dapat menjamin kerukunan serta mengeratkan silaturrahim bersama,” katanya.

Selamat Hari Wilayah Persekutuan – UMNOPutrajaya