Selamat Tahun Baru Cina & Selamat Bercuti

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Budha dan mereka yang meraikannya serta selamat bercuti kepada para penduduk Putrajaya.

Katanya, sambutan perayaan mana-mana bangsa yang diraikan bersama-sama bagi warga Malaysia bukanlah sesuatu yang asing kerana rakyat di negara ini telah sebati dengan kehidupan sebagai kesatuan dalam kepelbagaian.

“Biarpun Tahun Baru Cina adalah berasaskan bangsa namun bangsa-bangsa lain tetap meraikannya sebagai masyarakat majmuk yang saling memahami, hormat menghormati dan dapat hidup rukun bersama-sama,” katanya.

Jelas beliau, perpaduan kaum inilah yang perlu terus dipelihara demi kesejahteraan berpanjangan.

“Janganlah ada dikalangan kita yang terpengaruh dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memecah-belahkan masyarakat kerana itu semua hanya merugikan kita semua.”

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan selamat bercuti kepada penduduk Putrajaya yang tentunya akan menggunakan cuti perayaan ini sebagai manfaat bersama keluarga.

“Sebelum kemana-mana, jika merancang percutian atau mahu pulang ke kampung halaman, pastikanlah keselamatan rumah yang akan akan ditinggalkan, dengan berkunci, mematikan peratan elektrik dan memaklumkan kepada jiran tetangga atau pihak berkauas jika perlu.

“Rancanglah perjalanan dengan sebaiknya dan utamakanlah keselamatan,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada February 4, 2019 - 8:10 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.