Sokongan Putrajaya Semarakkan BN Di PRK Semenyih

SEMENYIH – Sokongan UMNO Bahagian Putrajaya untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bersemarak apabila ahli-ahlinya menterjemah dengan turun padang berarak beramai-ramai mengiringi calonnya Zakaria Hanafi untuk proses penamaan calon pagi tadi.

Anggota UMNO Putrajaya hadir dengan diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagiannya, Tun Faisal Ismail Aziz bersama Naib Ketua Bahagian, Ahmad Faisal Abdul Karim serta ahli jawatankuasa Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri dengan berkumpul dan seterusnya menyertai rombongan calon menuju ke Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian.

Ahli-ahli UMNO Putrajaya antara ‘lautan biru’ yang memenuhi perkarangan Dewan Seri Cempaka bersama para penyokong BN dan PAS mengiringi calon Zakaria.

Penyokong dan pendokong BN serta PAS berkumpul sejak awal pagi dan kedatangan pimpinan parti pelbagai peringkat meningkatkan lagi semangat mereka yang berada di kawasan berkenaan sambil melaungkan ‘Hidup Rakyat’.

Zakaria, 58, mewakili BN bagi merampas kembali DUN Semenyih menerusiPRK yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Zakaria akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh Mohd Aiman Zainali; Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul dan Bebas Khuan Chee Heng.

Antara pemimpin UMNO yang turut kelihatan adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Datuk Seri Shahrkar Samsudi.

Turut kelihatan adalah Ketua Pergerakan Wanita, Pemudadan Puteri UMNO Malaysia.

Pusat penamaan dibuka ada pukul 9.00 pagi dan calon-calon mempunyai tempoh selama sejam iaitu sehingga pukul 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum Pegawai Pengurus PRK Datuk Mohd Sayuti Bakar mengumumkan nama calon yang layak bertanding pada kira-kira pukul 11 pagi.

Seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK tersebut mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada February 16, 2019 - 7:14 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.