BeritaRencana

LGBT Ditengah Ibu Kota Bukti ‘Kebangangan’ Malaysia Baru Di Bawah PH

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz melahirkan kekesalan atas insiden perarakan Women’s March yang dicemari kehadiran penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sini tengah-tengah Ibu Kota Kuala Lumpur, hari ini.

Sepatutnya, katanya, sebagai wanita Islam, pada Hari Wanita, sambutlah dengan solat hajat dan doa supaya kedudukan wanita diangkat dan dirahmati Allah swt.

“Ini tak, sambut Hari Wanita dengan berarak minta nak jadi LGBT dan hak nak jadi ‘sex workers’. Tak ke gila dan bangang mereka ni?” bidas beliau dalam lontaran menerusi Twitternya hari ini.

Katanya, inilah ‘kebangangan’ Malaysia Baru di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Rasanya yang berarak minta benda bukan-bukan ni bukan orang Islam, tapi golongan murtad atau munafik yang menyamar jadi Islam dengan tujuan untuk menyesatkan umat Islam Malaysia. Orang Islam tak minta hak nak jadi LGBT & ‘sex workers’ ni…,” katanya lagi.

Dalam satu himpunan dan perarakan Women’s March yang diadakan di sini hari ini, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut. – UMNOPutrajaya

Sumber gambar: Utusan Online