BeritaRencana

Angkat Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Tindakan turun padang, menjengah yang susah, mengunjungi yang uzur, menziarah yang sakit bukanlah satu perkara yang asing bagi warga Putrajaya sebagaimana yang menjadi rutin kebiasaan UMNO Putrajaya melalui Biro Kebajikannya.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan keprihatinan dengan mengangkat kebajikan rakyat sebagai keutamaan yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh biro terbabit.

Lantaran itu, ziarah prihatin menjadikan sebahagian dari gerak kerjanya dengan mengadakan kunjungan ke Hospital Putrajaya bersama-sama pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman bersama para ahli jawatankuasanya dan disertai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Ziarah Prihatin Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya ini turut menziarahi mereka yang uzur di rumah dengan tumpuan di sekitar Presint 9 dan Presint 11.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat dapat memberikan sokongan moral kepada pesakit dan sama-salah kita mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan serta dapat kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa. – UMNOPutrajaya