Salam Israk Mikraj, Hayati Kemuliaan Rasulullah Untuk Pertingkat Ibadah Kita

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak masyarakat setempat untuk bersama-sama menghayati peristiwa Israk dan Mikraj yang mengangkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Katanya, sebagai seorang Islam ,kita sewajarnya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan menghayati perjalanan Rasulullah SAW dalam usaha kita untuk memperteguhkan keimanan kepada Allah SWT.

“Inilah peristiwa yang mengangkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, peristiwa yang bermulanya kewajipan kita melaksanakan solat fardu yang akhirnya hanya tinggal lima waktu sebagaimana kita amalkan hari ini.”

Selaras dengan itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mengajak semua untuk meningkatkan amalan dan memperbaiki ibadah seharian agar kita sama-sama terus berada dalam rahmat dan hidayah-Nya.

Dua perkara berlaku secara langsung dalam peristiwa Israk dan Mikraj iaitu perjalanan pada waktu malam dari Maajid al-Haram ke Masjid al-Aqsa serta perjalanan dari bumi naik ke langit. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada April 3, 2019 - 12:12 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.