Berita

UMNO Terus Teguh… Mesyuarat Cawangan Perkuat Azam Untuk Perjuangan Berterusan

PUTRAJAYA – Tempoh mesyuarat Cawangan UMNO yang masih berbaki hingga hujung bulan April ini diaplikasi sepenuhnya oleh ahli-ahli parti di akar umbi dengan merealisasikannya dalam persidangan.

Ternyata, biarpun UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi kerajaan Persekutuan namun semangat perjuangan demi cita-cita Kebangsaan Melayu untuk mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara terus marak.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan bermula yang bermula pada 15 Februari akan berakhir pada 30 April ini.

Sehubungan itu, anggota parti yang melibatkan ahli-ahli UMNO Cawangan telah mengadakan persidangan dengan pengisiannya ke arah pemantapan parti dengan gerak kerja berterusan bukan sahaja kepada ahli tetapi masyarakat keseluruhan.

Dalam hal tersebut hala tuju dan semangat anggota parti diperkukuh dengan strategi-strategi yang disusun atur lantas akan dibawa dalam usul untuk dibincangkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian kelak.

Semoga ruang dan masa yang ada akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhan khususnya dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. – UMNOPutrajaya