Tidak Patah Semangat Biarpun Gagal Dapat Tempat Teruskan Maidatul Rahman

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak patah semangat untuk meneruskan acara tahunan yang menekankan amal jariah, sedekah dan berbuka puasa beramai-ramai, Maidatul Rahman biarpun gagal mendapat tempat sebagaimana kebiasaannya.

Katanya, sebagaimana program Nur Ramadan yang tetap diteruskan biarpun terdapat beberapa kekangan, namun beliau bersyukur kerana ia berlangsung lancar di rumahnya, hari ini.

“Nur Ramadan masih berjalan seperti biasa namun kali ini keadaan dilakukan berbeza dengan tahun-tahun dahulu. Jika sebelum ini program Maidatul Rahman Putrajaya berlangsung setiap hari dengan juadah disediakan untuk dinikmati bersama-sama tapi untuk tahun ini memandangkan tidak ada tempat ekoran permintaan yang tidak diluluskan, justeru pendekatan yang lain dibuat.

“Kali ini sumbangan dibuat dengan menghantar makanan juadah berbuka puasa ke surau-surau secara bergilir setiap hari sepanjang 25 hari Ramadan melibatkan 63 buah surau di sini.”

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan bahawa agihan hadiah Ramadan kepada penduduk yang memerlukan sedang berlangsung dan telah dimulakan bagi memberikan kemudahan kepada penduduk yang tidak bernasib baik untuk membuat persediaan bagi menyambut bulan Ramadan.

“Kita juga lihat kepada masalah masyarakat berdasarkan kepada apa perkara yang boleh dibantu,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada May 1, 2019 - 1:19 am oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.