Putrajaya Imarahkan Kedatangan Ramadan Al-Mubarak

PUTRAJAYA – Sambutan menjelang Ramadan terus diraikan di Putrajaya dengan warganya menerima sumbangan serunding daging yang diagihkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumbangan tersebut diagihkan terus kepada para penduduk setempat yang dihantar dari rumah ke rumah sebagai persediaan bagi menyambut Ramadan.

Sejumlah 15 ribu bungkusan serunding diagihkan dan dijangka selesai sepenuhnya hari ini selepas agihan dibuat lebih seminggu yang lalu.

Semoga kedatangan bulan Ramadan ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita semua kepada Allah SWT dan sentiasa bersyukur atas rahmat-Nya. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada May 5, 2019 - 2:24 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.