Wanita Putrajaya Semarakkan Nuzul Quran Dalam Program Tadarus

PUTRAJAYA – Hari Nuzul Quran hari ini dimanfaatkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya dengan bertadarus bersama-sama dalam suasana penuh harmoni.

Program tadarus yang sememangnya tidak asing bagi Wanita UMNO saban tahun kali ini diadakan di rumah Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, di Presint 10, di sini.

Kesepakatan dalam meningkatkan ibadah bersempena bulan Ramadan ini diaplikasi sepenuhnya dikalangan pergerakan Wanita yang diketuai, Puan Husna Abd Rahaman, bersama-sama ahli jawatankuasanya dan juga anggota parti di akar umbi.

Turut serta dalam program tadarus ini ialah isteri Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Angraini Sentiyaki yang tidak pernah ketinggalan memberikan sokongan.

Semoga amal ibadah yang dilakukan diredhai Allah SWT dan kita terus istiqamah meningkatkan ibadah. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada May 22, 2019 - 10:55 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.