Berita

Najib Dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat parti terbabit.

Kenyataan akhbar mengenai perlantikan tersebut ditandatangani Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut kenyataan itu, perlantikan sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pada malam ini dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti berkenaan.