BeritaRencana

UMNO Tak Akan Dibubar, Tolak Kerjasama Dengan Parti Berkait Dap

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa Presiden UMNO telah menegaskan menolak kerjasama dengan Presiden PKR kerana mereka bersama Dap.

“Dalam mesyuarat ini juga bersetuju UMNO bersedia menerima pandangan jika parti-parti Melayu ini dapat berkerjasama dalam satu pakatan demi kepentingan Melayu dan Islam namun UMNO tidak akan dibubarkan,” maklum beliau yang turut menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO malam tadi,

Terdahulu, dalam sidang media di Parlimen semalam, Ahmad Zahid juga telah menegaskan walaupun Barisan Nasional (BN) dan UMNO sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk menerima realiti politik namun tidak boleh menerima mana-mana parti yang bersekongkol dengan Dap kerana membawa agenda Malaysian Malaysia.