Berita

Falsafah PH vs Falsafah BN, Rakyat Diminta Berkorban Atau Rakyat Dibantu?

PUTRJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat mengangkat falfasah politik meminta rakyat berkorban.

Katanya yang dipetik melalui laman Twitter beliau, falfasah politik Pakatan rakyat kena berkorban, buang penjawat awam, buang pekerja ECRL, MRT tapi yang penting lantik anak, bini dan kroni.

“Falsafah politik Barisan Nasional (BN) – bantu rakyat, bantuan rakyat paling banyak diberikan bawah Perdana Menteri (PM) Najib Razak (Datuk Seri).”

Katanya, falsafah politik Pakatan:

i. rakyat kena berkorban asalkan pemimpin dpt jalan sana sini, pegi debat tak berfaedah
ii. ii. kayakan anak daddy, kroni & kerabat Dap

Dilaporkan, baru-baru ini tular pengedaran surat pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam bertujuan mengurang perjawatan di semua kementerian dan agensi kerajaan sebanyak 1% pada 2019 yang melibatkan kira-kira 16,000 orang akan hilang pekerjaan.

Ditambah pula dengan pembatalan projek ECRL bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dengan syarikat CCCC dari China yang turut menyumbang kepada kehilangan pekerjaan mereka yang terlibat.

Sebelum Pilihan Raya Umum, janji ke-35 dalam Buku Harapan iaitu manifesto pilihan raya PH adalah menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujud lebih banyak pekerjaan di Malaysia, namun dengan apa yang berlaku bermakna manifesto itu adalah satu lagi janji yang tidak akan tertunai seperti janji-janji manis lain. – UMNOPutrajaya

https://twitter.com/tunfaisal