Berita

Salam Aidilfitri, Utamakan Keselamatan Di Musim Perayaan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya warga Putrajaya.

Berliau berharap agar penduduk setempat akan mengutamakan keselamatan dalam apa-apa juga keadaan memandangkan dalam musim perayaan pelbagai perkara boleh berlaku.

“Kepada mereka yang akan meninggalkan kediaman untuk pulang bercuti ke kampung halaman, pastikanlah semua peralatan elektrik ditutup selain rumah berkunci dan memaklumkan kepada pihak keselamatan.

“Berhati-hatilah dalam pemanduan agar selamat tiba di tempat yang dituju.”

Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, jadikanlah Aidilfitri ini sebarang ruang untuk mengeratkan silaturrahim dan memperkukuh permuafakatan sesama kita. – UMNOPutrajaya