Aktiviti

PH Kerajaan Zalim, Kelulusan Jualan Untuk Rakyat Ditarik Balik

PUTRAJAYA – “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) zalim.”  Itulah tegas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membidas tindakan kerajaan ekoran menarik balik kelulusan yang telah diberikan bagi program jualan barangan keperluan yang dijadualkan esok. Jelasnya, progam jualan bersama Ahli Parlimen Putrajaya yang dirancang pada Selasa di Padang Komuniti Presint 9, Putrajaya terpaksa […]

November 25, 2019 6:47 pm - admin

Pandu Puteri Putrajaya Komited Lahirkan Warga Berkaliber

PUTRAJAYA – Kesungguhan bagi memastikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan agama, bangsa dan negara, isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki selaku Yang Dipertua Cawangan Putrajaya telah bersama-sama kepimpinan tertingginya dalam memberi sokongan atas setiap program yang diadakan. […]

October 19, 2019 6:53 pm - admin

Terima Kasih Jayakan Program Ramah Mesra Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada penduduk setempat yang telah bersama-sama menjayakan Program Ramah Mesra hari ini. Katanya, kehadiran lebih 700 penduduk adalah sokongan yang sangat bermakna dalam keadaan UMNO dihimpit pelbagai perkara. “Terima kasih semua, saya amat berbesar […]

September 22, 2019 7:40 pm - admin

Majlis Tautan Kasih Semarakkan Silaturrahim Wanita Muda Putrajaya

PUTRAJAYA – Program Tautan Kasih yang melibatkan mantan Ketua Puteri Cawangan, AJK Puteri Bahagian, Ketua-Ketua Puteri Cawangan dan seluruh ahli Puteri anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah berlangsung lancar, yang diadakan pada 16 Sept, semalam. Bertempat di Karyabraha Hipster Café, program ini telah dirasmikan oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki. Biarpun […]

September 17, 2019 11:33 am - admin

Jangan Peralat Isu Sensitif Untuk Kepentingan Sendiri – Agong

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak memperalatkan isu-isu sensitif bagi kepentingan mana-mana pihak. Titah Seri Paduka setiap rakyat dijanjikan hak serta kebebasan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, namun kebebasan tersebut mestilah tidak melangkaui nilai-nilai yang menjadi asas perpaduan negara. “Begitu […]

September 9, 2019 2:14 pm - admin

Majlis Tahlil & Bacaan Yassin, Semangat Kekeluargaan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Kebersamaan dan kekeluargaan UMNO Putrajaya dilaksana dalam suasana senang dan saat kehilangan dengan keakraban berkongsi rasa serta saling memberi sokongan. Hal ini terbukti sebagaimana UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan program bacaan Yasin dan Tahlil untuk Allahyarhamah Puan Mahani Ujang, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Putrajaya yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Ogos lalu. […]

August 25, 2019 10:57 am - admin



Archives