Berita

Terima Kasih Jayakan Maidatul Rahman Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua penduduk Putrajaya dan orang ramai yang memberikan sokongan dalam menjayakan Program Maidatul Rahman.

Dengan sambutan yang amat baik dari orang ramai, Maidatul Rahman yang merupakan acara tahunan berbuka puasa secara percuma beramai-ramai di Medan Selera Presint 8 menjadi ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama mensyukuri nikmat yang ada.

“Alhamdulillah, Maidatul Rahman telah berlangsung selama 25 hari telah melabuhkan tirai, justeru saya berterima kasih atas sokongan semua dan semoga kita semua akan terus diberkatinya,” katanya.

Setiap hari, Maidatul Rahman ini menerima sekitar 500-600 pengunjung yang merupakan penduduk setempat dan juga pengunjung Putrajaya.

Program ini adalah acara rutin saban tahun pada bulan Ramadan.