BeritaUcapan

Raikan Deepavali Bersama, Tengku Adnan Ajak Semarakkan Semangat Perpaduan

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada seluruh rakyat negara ini khususnya masyarakat Putrajaya yang bergama Hindu.

Katanya, telah menjadi sebagai sati rutin bagi masyarakat Malaysia yang meraikan pelbagai perayaan bersama-sama termasuklah Deepavali.

“Justeru saya berharap Deepavali kali ini terus disemarakkan dengan memupuk semangat perpaduan serta kerjasama rakyat berbilang bangsa di negara ini.

“Marilah kita terus menyemai sifat saling hormat menghormati, rasa kasih dan saling menghargai agar kesejahteraan yang kita kecapi selama ini dapat terus berkekalan,” katanya. – UMNOPutrajaya