BeritaUcapan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa… Bersama Kita Tingkatkan Ibadah – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada warga Putrajaya yang beragama Islam.

Dalam masa yang sama, beliau mengajak semua untuk sama-sama meningkatkan ibadah dengan mengaplkasi sebaiknya bulan Ramadan bagi mengubah diri ke arah kebaikan.

“Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Moga kita sama-sama dapat memanfaatkan bulan ini dengan pelbagai amal ibadah yang akan menuntun kita ke jalan diredhai Allah SWT.

“Marilah kita imarahkan bulan Ramadan ini dengan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik, beramal soleh dan menyumbang kepada usaha positif demi kemaslahatan ummah, insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu dilaporkan umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, iaitu 12 Mac 2024.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang memaklumkan bahawa, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – UMNOPutrajaya