UMNO Putrajaya Sedia Gempur Pastikan Perjuangan Parti Terus Relevan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan betapa perjuangan UMNO perlu terus dipertahankan dengan penghayatan kepada asas dan tujuannya demi agama, bangsa dan negara walaupun telah jadi pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bahagian Putrajaya berkata demikian dalam mesyuarat bersama anggota Jawatankuasa bahagian terbabit yang julung kali berlangsung untuk sesi 2018 – 2021.

Mesyuarat tersebut adalah amalan biasa yang dibuat selepas Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengadakan mesyuaratnya yang kemudian akan disusuli oleh mesyuarat bahagian.

Dalam mesyuarat tersebut juga, Tengku Adnan telah melakukan lantikan untuk mengisi jawatan Setiausaha Bahagian iaitu Datuk Sokri Shafiee, Bendahari diisi oleh Datuk Khairuddin manakala Datuk Hisamudin dilantik sebagai Ketua Penerangan.

“Rangka kerja untuk bahagian juga telah kita bincangkan agar dapat dilaksana dengan lancar dan semua AJK sedar bahawa kita sekarang adalah pembangkang yang tentunya akan berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya dalam mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya yang berlangsung semalam di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya Pejabat UMNO Bahagian terbabit.

Beliau berkeyakinan dengan perubahan dalam AJK bahagian yang hanya dua muka lama sahaja yang kekal, maka tentunya idea dan pendekatan baru juga dapat dilaksana.

Artikel disiar pada July 21, 2018 - 5:06 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.