Selamat Menduduki Peperiksaan Anak-anak Putrajaya

PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung 13 Nov – 13 Dis depan merupakan satu peperiksaan besar kepada anak-anak sebelum melangkah ke alam seterusnya. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak Putrajaya yang bakal menduduki peperiksaan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak untuk menduduki peperiksaan hinggalah semuanya selesai kelak,” katanya.

Beliau berharap anak-anak Putrajaya ini juga akan menjaga kesihatan dan memastikan keadaan mental dan fizikal berada dalam keadaan yang baik tanpa menghadapi tekanan.

“Setelah berusaha dengan belajar dan mengulangkaji pelajaran, jangan lupa terus berdoa dan kemudian marilah kita bertawakal kepada Allah SWT. Insya-Allah semua anak-anak Putrajaya akan berjaya,” katanya lagi. – MediaPutrajaya

Artikel disiar pada November 12, 2018 - 5:28 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.