Semoga Allah SWT Permudahkan Semuanya

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa agar Allah SWT mempermudahkan semua urusan Ahli Parlimennya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO tempatan telah menganjurkan majlis solat hajat memohon permudahkan urusan ‘ketua kampung’ dalam apa-apa hal termasuklah perbicaraan di mahkamah yang berlangsung hari ini.

Majlis yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya tersebut berlangsung dengan lancar.

Datuk Seri Tengku Adnan adalah antara pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah dalam pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) selepas Barisan Nasional gagal mengekalkan tampuk berkerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Datuk Seri Tengku Adnan didakwa secara rasuah dan beliau membuat pengakuan tidak bersalah atas pendakwaan tersebut.

Semoga ‘ketua kampung’ dan ahli-ahli UMNO akan terus kuat dan istiqamah dalam saf perjuangan khususnya dalam keadaan parti ditekan dari pelbagai sudut. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada January 7, 2019 - 3:45 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.