UMNO Putrajaya Sepakat Bangkit Tolak Penipuan Pakatan Harapan

PUTRAJAYA – Perjuangan UMNO tidak pernah terhenti sebaliknya terus marak dengan ahli-ahlinya di akar umbi bersemangat bangkit untuk meneruskan agenda bagi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Selaras dengan itu, UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan taklimat kepada ketua-ketua UMNO Cawangan di Bahagian terbabit yang berlangsung dengan jayanya di rumah Ketua UMNO Bahagian, di Presint 10, malam tadi.

Taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dengan meminta pemimpin-pemimpin parti di akar umbi menumpukan usaha kepada teras perjuangan UMNO tanpa tunduk kepada kehendak Pakatan Harapan yang tunduk kepada kehendak DAP.

Katanya, pelbagai isu setempat dan isu nasional yang ada di sekeliling hari ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan penuh dengan penipuan dan merosakkan Islam serta merugikan orang Melayu sendiri.

Dalam hal ini, ketua-ketua UMNO Cawangan di Putrajaya sepakat untuk meneruskan kesinambungan UMNO lantaran pelbagai kebobrokan yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan yang berkerajaan hari ini.

Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan dijadualkan bersidang dalam tempoh 15 Februari – 30 April ini. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada February 12, 2019 - 1:29 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.