BeritaRencana

Menjelang Ramadan: Warga Putrajaya Hargai Tengku Adnan… ‘Terima Kasih Ketua Kampung’

PUTRAJAYA – Warga Putrajaya melahirkan rasa penghargaan atas keprihatinan Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meneruskan tradisi menyambut Ramadan dengan pemberian sumbangan kapada mereka.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ dikalangan penduduk di Putrajaya telah meneruskan pemberian serunding kepada para penduduk yang mana ia telah dilakukan sejak lebih dari lima tahun yang lalu.

Rata-rata warga Putrajaya yang menerima serunding tersebut amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan dari pemimpin mereka.

“Saya wakil dari blok C dan B Fasa 4C Presint 8 mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua kampung kita yang telah memberi sumbangan berupa serunding kepada semua penduduk di Putrajaya.

“Didoakan agar ketua kampung kita sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki dan dirahmati Allah sw.t,” kata seorang penduduk di sini.

Sebanyak 15 ribu bungkusan berisi serunding diedarkan kepada warga Putrajaya sebagaimana menjadi amalan kebiasaan Tengku Adnan dalam meraikan kedatangan Ramadan. – UMNOPutrajaya