Hidupkan Kembali Amalan Gotong Royong
PUTRAJAYA – Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Samsudin Osman berharap masyarakat tempatan akan dapat menghidupkan kembali amalan gotong- royong di kalangan penduduk serta dapat memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara kerajaan, PPj dan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis pelancaran pecah tanah surau komuniti Presint 14 yang dijangka siap pertengahan tahun depan dengan kos RM1.4 juta hasil pembiayaan kerajaan dan sumbangan para penduduk.
Katanya, surau itu adalah satu daripada projek Local Agenda 21 Putrajaya menerusi konsep “place making” dengan projek pertama iaitu surau di Presint 9B yang hampir siap sepenuhnya.
LA 21 merupakan program untuk membentuk perkongsian serta kesepakatan antarapihak berkuasa tempatan, masyarakat dan pihak swasta untuk merancang danmenguruskan kawasan persekitaran ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan.