Ucapan

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1Malaysia

Semangat kemerdekaan masih lagi terasa apabila sambutannya diraikan bersekali dengan Hari Malaysia pada 16 September lalu, ekoran tarikh 31 Ogos kita umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berteraskan tema “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” maka Hari Malaysia ini adalah satu manifestasi kepada gerakan untuk memastikan masyarakat dari pelbagai lapisan dan latar belakang menghargai transformasi agar kesejahteraan terus berkekalan.

Namun demikian, dalam kita memastikan semangat nasionalisme terus unggul dan kedaulatan negara tatap terpelihara nampaknya masih ada pihak yang memutarbelitkan sejarah negara untuk kepentingan politik dan agenda peribadi sendiri.

Selaras dengan itu, saya amat berharap agar semua pihak khususnya generasi muda agar tidak terpesong keyakinan dan kebenaran daripada fakta sebenar hanya dengan hidangan kata-kata dingin yang berbaur politik segelintir pihak. Dengan sikap bertanggungjawab juga, berfikirlah secara kritis tanpa dipengaruhi mana-mana idealogi politik tentang masa depan bangsa dan negara selain menkaji kebenaran dan ketelusan bersandarkan fakta yang sahih dan benar.

Fikirlah, jika tanpa kemerdekaan negara pada tarikh 31 Ogos 1957 maka tentunya tidak akan wujud Hari Malaysia pada tarikh 16 September 1963.