Rencana

Turun Padang Penuhi Jemputan Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa memenuhi jemputan rakyat dalam majlis jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri penduduk setempat.

Pada 16 September, beliau telah menghadiri majlis rumah terbuka di Pusat Komuniti Blok2A dan 2B, Presint 9 dan kemudiannya meluangkan masa bersama-sama Persatuan Penduduk Blok 2E sebelum menghadiri majlis yang sama anjuran Persatuan Penduduk Blok 2C.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat memenuhi hasrat penduduk tempatan yang mahu meraikan Aidilfitri bersama-sama, biarpun dalam arus permodenan tetapi suasana kekeluargaan masih tetap diamalkan.