Berita

Malam Gema 1Malaysia Putra Putri Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor gembira dengan pencapaian dan kebolehan yang ditunjukkan oleh para pelajar sekolah-sekolah sekitar Putrajaya yang mengadakan persembahan dalam Majlis Malam Gema 1Malaysia Putra Putri Putrajaya.

“Saya berbangga dengan kejayaan majlis tersebut kerana terbukti mereka bijak mempersembahkan bakat dan ketokohan masing-masing untuk menjayakan acara sedemikian. Tahniah pada mereka dan juga kepada ketua jabatan, pengetua dan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjayakannya,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Auditorium D8, Kompleks D, Presint 1 pada 28 Oktober lalu turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.