BeritaRencana

Program Salam Sayang Bina Sahsiah dan Ketrampilan Wanita

PUTRAJAYA – Semangat perpaduan dan permuafakan dapat dipupuk melalui pelaksanaan dan kebersamaan dalam melaksanakan program yang dianjurkan selain mampu menerapkan keyakinan kepada para peserta.

Melalui Program Salam Sayang anjuran Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, golongan wanita mampu tampil dengan penuh berketrampilan selain memberi sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.

Dengan bertempat di Dewan Kejiranan Presint 9 pada 4 November lalu, program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh isteri kepada anggota Parlimen Putrajaya merangkap iaitu Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki.