Berita

Delegasi Madagascar Kunjungi Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA – Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya telah menerima kunjungan hormat tetamu dari Madagascar mewakili Parti Democratique Et Liberal Mamafisoa pada 7 Disember 2011.

Delegasi seramai 12 orang yang diketuai oleh Presiden Nationalnya, Mr. Rajemison Rakotomaharo dalam rangka lawatan ke Ibu Negara selain menghantar kader-kadernya bagi mendapat bimbingan dari UMNO.

Delegasi tersebut telah diberi taklimat oleh Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat, Encik Rahimi B. Rejab berkenaan dengan aktiviti-aktiviti semasa Parlimen Putrajaya.