Bubur Lambuk, ‘Jalur Gemilang’ Sempena Ramadan dan Menjelangnya ‘Merdeka’
PUTRAJAYA – Bersempena bulan Ramadan dan menjelangnya hari kemerdekaan, UMNO Bahagian Putrajaya melalui Pergerakan Puteri telah berkerjasama dengan JASA Wilayah Persekutuan untuk mengedarkan bubuk lambuk dan ‘Jalur Gemilang’ kepada orang ramai.
Program tersebut telah diadakan di kawasan tumpuan ramai bertempat di Putrajaya Central (ERL) yang diadakan pada 13 Ogos (Isnin) dalam waktu puncak iaitu ketika orang ramai berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing setelah selesai melaksanakan tugas.
Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai.