Berita

Selamat Maju Jaya Dalam SPM & STPM

PUTRAJAYA – Para pelajar tingkatan lima bakal berdepan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala para pelajar tingkatan enam pula Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), justeru kakitangan UMNO bahagian Putrajaya telah menyediakan peralatan sumbangan Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Barangan berupa alat tulis dan kelengkapan untuk menghadapi peperiksaan diasingkan bagi memudahkan penyampaiannya kepada para pelajar terbabit yang dijadualkan berlangsung pada 2 November (Jumaat) di semua sekolah menengah sekitar kawasan terbabit.

Peperiksaan terbabit akan bermula pada 5 November ini yang secara tidak langsung akan menjadi penentu dalam hala tuju kehidupan remaja untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

Selaras dengan itu, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama dengan anggota jawatankuasanya serta pentadbiran di UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.