Berita

Kukuhkan Putrajaya Sebagai Benteng Utama BN

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan untuk memperkukuhkan jentera parti dalam menghadapi apa jua cabaran khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Kita perlu terus memberi mandate kepada Datuk Seri Mohd Najib bagi memastikan kesinambungan pembangunan tercapai dan Putrajaya menjadi benteng utama yang mesti diperkemas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya yang berlangsung di Stadium Pancarona, Presint 18, hari ini (16 Februari 2012).

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada masyarakat Putrajaya yang sentiasa memberikan sokongan dan bersama-sama dalam permuafakatan termasuklah untuk persiapan dan seterusnya menjayakan Hari Keluarga yang bertemakan ‘We Love Putrajaya’.