KEMAS Perkukuh Tekad Sebagai Nadi Pembangunan Masyarakat
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan pentingnya amanah yang dipikul oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam memastikan setiap individu mendapat perhatian selaras dengan visi sebagai nadi pembangunan dan perubahan masyarakat.
Beliau berkata demikian dalam majlis taklimat dan sesi soal jawab dengan anggota KEMAS Parlimen Putrajaya yang berlangsung hari ini, 28 Feb 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna, Kelab Tasik Putrajaya Presint 8.