Program Penyampaian Hadiah Hari Lahir Eratkan Tetangga Menjadi Saudara
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak masyarakat untuk mengaplikasikan Program Penyampaian Hadiah Hari Lahir sebagai aktiviti bermanfaat khususnya dalam mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan meraikan hari bersejarah bersama-sama sebagaimana akrabnya ikatan dalam keluarga.
“Dengan adanya program sedemikian, ia akan menyemai rasa dihargai, dikasihi dan saling mengambil berat antara satu sama lain yang seterusnya boleh membenihkan ruang lebih
besar untuk manfaat dalam masyarakat.”
Beliau berkata demikian dalam Program Penyampaian Hadiah Hari Lahir Cawangan Bunga Kenanga, Jenjarum, dan Dedap bertempat di Fasa 2, Blok B Presint 9, pada hari Ahad, 24 mac 2013.
Jelasnya, apabila perkara kecil turut dimanfaatkan maka pelbagai perkara yang lebih besar akan mudah diselesaikan dengan adanya ikatan kekeluargaan yang erat.